Monday, February 27, 2012

Sepi Kosong Sendiri Mati

Serkap pandangan ku memandang langit yang terbentang.Sejenak ruang sepi itu kujelajahi.di penjurunya kutemui kekosongan yang nyata lalu dengan penuh teliti, perlahan dan hati-hati ku isikan ia dengan zikrullah.

bertafakur seketika merenung sisi gelap dalam diri kutemui hitam yang kelam sunyi
kosong, sepi,sendiri, mati.

Lalu berwudukku dalam rindu-Mu...untukku isikan nur dalam jiwaku... bersolatku dalam diam-Mu untukku muhasabahkan diriku, bersujudku menyentuh kasih-Mu untukku isikan tasbih dan tahmidku dan bertawajuhku hanya pada-Mu

Thursday, February 9, 2012

Kenapa Ada Pendam..?

Entah di mana salahnya apabila tiba-tiba segalanya menjadi kosong, keliru dan begitu terasing sekali. Mahu ditidakkan tapi kekesalan datang mendekat seakan tidak mahu menjauh lagi.

Amarah menyinggah hanya kerana perkara yang amat remeh. Segalanya mampu diuraikan dengan sedikit perbincangan tapi kenapa antaranya perlu ada pendam..?

Tuhan..

Berikanlah kekuatan.
Tabahkanlah hati ini

Thursday, January 12, 2012

Satu ketika kukorbankan segala....

seketika fikiran ini melayang jauh ke satu masa yang silam. seperti hanya jasad yang bersimpuh di sini sedang minda dan hayalku telah kembali mengutip tiap langkah yang kuatur pada hari-hari semalam yang telah kutinggalkan.. yang kenangannya cuma berbayang di minda. terkadang hilang.. terkadang jerihnya mengusik ketenangan hari ini.

masih kuingat..satu ketika...tidak pernah terfikir di benakku.. tentang perancangan hari ini apalagi untuk merancang hari esok. aku seakan tenggelam dalam ruang yang terbatas, lemas dalam arus kesibukan yang tak pernah surut. Hidupku, mindaku dan jasadku pada saat itu hanya satu...kerja. aku dambakan segalanya pada kerja sehingga aku lupa betapa indahnya sinar mentari kerana pulangku sering bertemankan sinar rembulan. terkadang pulangku diiringi titisan embun pertama yang menyentuh bumi.

kuserahkan segala pada yang bernama kerja. seringnya diri ini dihujani dengan leteran kerana aku cukup tidak betah berlama-lama bergurau-senda bersama keluarga. di benakku saat itu hanya satu... kerja harus ku utamakan.

aku bagai lupa dunia sekelilingku. duniaku hanya komputer, tanggungjawabku dalam menyiapkan tugasan yang memerlukan kemahiran... segalanya kulakukan dengan penuh minat dan tanggungjawab. tiada gaji tambahan... kukorbankan segala... cuti hujung minggu juga waktu santai dan lenaku.tiada ku endah masa bersama sahabat handai.. seolah-olah diriku ini jakun. ya, aku lepaskan segala yang dipanggil kehidupan. aku lupa bagaimana untuk menikmati hidup ini sebenarnya.. sewajarnya...sehinggalah..pada satu ketika...sedang aku dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, memandu dengan minda yang kosong sambil membuang pandangku ke jalan yang bertali arus... membawa aku ke alam sedar untuk aku menyoal diri.. kembali...sehingga bila harus kukorbankan setiap detik yang bermakna bagi sebuah kehidupan hanya untuk memenuhi tuntutan kerja?

sehingga bila harus ku berjaga walau dalam lena hanya untuk ku abaikan kepentingan sendiri?
lalu kupanjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana aku belum terlewat untuk menyedari bahawa hidup ini terlalu indah untuk dipersiakan.. terlalu manis untuk dilupakan dan terlalu bermakna untuk dibiarkan.. kerana sesungguhnya hidup ini satu anugerah yang tak ternilai!


Kalaulah

satu hari yang membosankan! banyak yang ingin dilakukan tapi segalanya tertinggal begitu saja. terlalu banyak yang bermain di minda tapi segala bagaikan terpenjara di sini. tiada jalan keluar. sebagai gantinya... kebosanan yang beraja di minda dan akal.huh.. kalaulah... satu kata yang sinonim dengan bibir dan hati manusia. sikit tak banyak.. kita sebenarnya tak boleh hidup tanpa perkataan KALAU. satu kata yang punya pengaruh buat manusia untuk menyulam rasa kesal, ketidakpuasan hati dan apa jua tafsiran, anggapan dan tanggapan negatif yang ingin kita putar balikkan menjadi seperti apa yang kita harapkan. merealitikan mimpi dan memfantasikan realiti dalam jaga dan sedar. kalau hari ini adalah semalam...akan kuputarkan kembali masa..agar hari ini bukan satu kekesalan...dan hari ini akan jadi milikku..

Angka @ Usia

angka memang berkuasa! angka buat manusia kalut. angka buat manusiagelabah. angka buat manusia hilang arah, tak keruan hidup. manusia jadi tamak sebab angka, jadi lupa sebab angka.
tapi manusia sering lupa.. yang menjadikan angka lebih bermakna adalah sebuah KEMATANGAN. bukan bertambahnya usia dari tahun ke tahun. bukan memutihnya uban di kepala dan bertambahnya garisan di wajah.

apalah nilainya putih uban di ubun kepalaapalah harganya garis-garis usia yang tampak di wajah kalau fikiran hanya sejengkal usiakalau lagak hanya sekecil budakkalau bicara hanya semuda tatih anak.

Saturday, January 7, 2012

Kanvas kehidupan

Tiba-tiba aku jadi rindu. Amat rindu dan kerinduan ini seakan tidak terbendung lagi. Rindu pada segala yang telah berlalu, yang pernah singgah dan memberikan pelbagai warna dalam hidupku, yang menjadikan siapa aku hari ini.

Subhanallah.. perjalanan hidup yang tidak pernah kita fikirkan. Kita yang mencorakkannya mengikut warna-warna kehidupan yang kita lalui dan DIA yang menentukan segala. Setiap perjalanan warna itu ada sebab dan tujuan, namun di mana tertitik garis terakhir dalam lorekan itu.. hanya DIA yang Maha Mengetahui.

Dunia ini adalah kanvas. Kita adalah figura yang diindahkan dengan pelbagai warna kehidupan dan Allah adalah pelukis yang Maha Bijaksana.

Thursday, December 29, 2011

Titik Pengakhiran Penuh Pengajaran

Aku telah meletakkan noktah pada satu titik pengakhiran untuk satu permulaan baru. Di sini aku lebih tenang membilang hari dalam menyusuri landasan kehidupan. Jalan hidupku mungkin tidak semudah insan lain tapi liku itulah yang mematangkan diriku. Liku itulah yang telah banyak mengajar aku tentang syukur dan menghargai setiap yang kumiliki walau sebesar zarah sekalipun.

Yang telah kufahami.. setiap kesukaran itu mengajar kita agar lebih bersedia ....setiap air mata itu menuntut kita untuk menjadi lebih tabah....setiap kesakitan itu mengajar kita agar menjadi lebih kuat dan setiap kegagalan itu mengajar kita untuk lebih menghargai sebelum kehilangan mengambil tempat.

Sunday, September 25, 2011

Kebahagiaan itu pasti milikku

Ianya benar, kesibukan itu membuatkan hidupku terisi...tidak perlu mengunanfikiran fikiran lain yang merimaskan. Hakikatnya aku merindui kehidupanku yag dulu yang penuh erti kesibukan. Hidup tidak pernah terasa kosong kerana sentiasa terisi dengan tugas dan tanggungjawabku. Tidak juga pernah terasa sunyi kerana sering dikelilingi teman teman yang mampu buatku ketawa dan tersenyum.




Namun itu cerita dulu... cerita yang lama yang akan sentiasa ku simpan rapi di hati dan dalam ingatan. Hari semalam yang hanya mampu dikenang tika kesunyian menghimpit ..kerinduan mencengkam....


Kini..segalanya berbeza.. yang tinggal hanyalah kenangan. Tatkala melihat teman teman membina bahagia... fahamilah hati mengerti lah rindu... mereka telah memilih untuk bahagia.. Mereka telah memilih untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan mereka untuk yang bernama bahagia....





Dan aku... masih mencari bahagia itu.. tapi mungkin saja aku seringkali aku mencari bahagia itu di tempat yang salah...Namun ku yakini bahawa DIA telah menyediakan bahagia itu buatku suatu masa yang telah DIA janjikan pada hambaNya yang redha...



Monday, September 12, 2011

letto-ruang rindu



RINDU.... apakah yang kau cari ? Mengapa sering menghimpit hati? RINDU... tidak ku tahu apakah keperluanmu.. Bijak mencuri lakaran perasaanku.. Adakah aku layak merindui? adakah aku layak untuk dirindui? Siapakah yang bakal ku rindui tika nanti? RINDU .. kepastian tetap akan ku nanti...biarpon menanti di hujung hari........

Thursday, September 8, 2011

Aku seorang wanita ~

Aku tidak punya jawapan untuk itu kerana Allah itu yang menguruskan soal rezeki dan jodoh setiap makhluknya... Aku wanita yang tidak sempurna.... aku wanita yang banyak kekurangan diri.... aku wanita yang jahil.... aku wanita yang naif... Aku wanita yang sering dikecewakan. Aku wanita yang lemah.... tapi aku adalah wanita yang ingin membina keluarga sakinah... aku wanita yang ingin mengejar kebahagian membina rumah tangga menyemai rasa cinta hingga ke syurga bersama teman jiwa yang tidak pernah ku tahu gerangannya adalah siapa.....? insyaAllah aku pasti tuhan itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap ciptaanNya. Aku mahu kan hadiah dariNya... hadiah yang berupa seorang lelaki yang tidak sempurna kebaikannya tetapi punyai cinta terhadapNya... yang bisa mengubah menegur segala salahku. Amin.... =)

Perubahan Menuju keredhaan Allah


Kadang2 dalam hidup sesuatu datang tanpa diduga. aku tidak mampu untuk berkata-kata melainkan diam kaku tidak keruan dibuatnya. Aku tidak punya siapa untuk ku alirkan segala resah dan tangis. segalanya tersimpul ku pendam rapi di dalam hati. Hidup kadang2 punya "surprise" yang tidak pernah diduga.. hanya yang ku mampu... selangkah demi selangkah kakiku ini bergerak menuju ke hadapan menuju keredhaanNya. tetapi terkadang kaki ini bagaikan berat untuk melangkah ke hadapan.. terhenti sejenak seolah-olah ingin mundur ke belakang untuk memperbetulkan keadaan. tapi sayang aku tidak mampu dn aku tidak berdaya untuk mengubahnya. Ya Allah... kau berikan aku petujukMu.... hidayahMu... kau kurniakan lah aku seorang pembimbing yang bakal menerajui langkah ku bersama... agar aku sentiasa menuju ke hadapan dalam mencari keredhaanMu... tanpa aku menoleh ke belakang yang akan terus membuatku leka lena dibuai dengan mimpi duniawi semata. Kau temukan aku pada seorang yang dapat membantuku melabuhkan rasa cinta sepenuhnya buat Mu Ya Allah... Kau temukan lah aku kerana aku rasai diri ini begitu lemah... longlai ... tanpa sokongan serta galakan dari seseorang yang halal buat aku



Tuesday, September 6, 2011

Jangan

jangan jarakkan hubungan ukhwah kita kerna aku akan sedih.... jangan tinggalkan aku kerna hati ku turut terluka.... jangan buang aku sbg sahabtmu kerna aku perlukan mu dalam hidup ku... jangan sesekali melukaiku kerana hatiku akan tercalar meninggalkan parut yang akan meninggalkan kesan abadi....