Thursday, May 19, 2011

Kisah yang terpendam

bercelotehku seorang diri, mengamati wajah ku ini. Mengingati tika waktu yang sudah berlalu, namun tidak boleh lesap dari fikiran dan ingatanku. Terlalu banyak yang terjadi sehingga aku hampir tidak lagi mengenali diri sendiri. mungkin juga telah banyak yang terpendam sehingga pendam itu menjadi luka dan pedih yang sukar untuk dipulihkan walau oleh masa.



Aku seupaya diri ini cuba untuk mencari di mana salahnya. Tiba-tiba aku menjadi begitu kejam tapi akhirnya rasa itu memenjarakan diriku sendiri. Sememangnya aku perlukan sedikit waktu untuk bermuhasabah diri agar segala yang kuputuskan ternoktah pada titik yang sepatutnya dan agar tidak akan ada lagi hati yang tercalar dan rasa yang terguris oleh tindak terpendam.

Tuesday, May 17, 2011

Jiwa Raga

Hari ini.. kebisuan yang telah lama aku diamkan akhirnya pecah di dada. Kusut yang bersimpul di jiwa, luruh dan tangis di hati. terkadang tidak mampu kutahan dari rasa semua ini dan tangis ku mula mengalir panas membasahi pipi kerana tusukannya tepat mengenai seluruh jiwa dan perasaanku. aku terasa benar- benar keseorangan berselimutkan keriuhan yang berdendang disekelilingku.

Aku tidak punya siapa.. sesungguhnya aku amat memerlukan seseorang yang mampu memberikanku senyuman, yang memahami jiwaku, mengenali diriku, suatu hubungan yang suci.... yang diredhai Allah.. dalam menuju sakinah.. Ya Allah... adakah pertemuan ini satu kesalahan? Adakah pertemuan ini adalah yang termaktub sejak azali lagi..? atau adakah pertemuan dua insan ini hanya satu kebetulan dan adakah pertemuan ini yang kau rencanakan untukku dalam menguji sejauh mana keikhlasanku dan juga keikhlasannya?..


Aku memohon padaMu Ya Allah.. Kau pertemukan lah aku dengan sebahagian jiwa dan ragaku yang telah engkau telah tentukan untukku... Amin. Tuhan ..payungkanlah aku dengan kekuatan agar aku tidak lemas dan tenggelam dalam ujianMu.Pnadulah aku dengan nurMu agar ku tidak tersasar dalam terang. Saat ini kurasakan rapuh sehinggakan sehembus nafas pun mungkin saja membuatkan aku jatuh tersungkur.

Saturday, May 14, 2011

Sandar pada yang patah

Telah acapkal aku menyandar percaya yang dipanggil teman. Namun setiap kali itulah percaya itu menjadi lebur tanpa nisan. Mungkin aku terlalu menggantung harap. Menyerah segala percaya dan beranggapan hanya dia teman yang aku punya. Sedang dia masih punya teman yang lain dan aku hanya antara yang singgah dalam hidupnya.

Mungkin juga kerana itulah, apabila olah membuat onar dalam hubungan kami.. dia masih punya ruang lain untuk berkongsi cerita dan tawa...dan aku hanya ada diriku.

adakah bahu yang kusandarkan duka dan tawa selama ini tidak akan pernah meninggalkan aku.. benarkah?

Kugenggam kejap telahanku agar tidak terlepas kerana aku tahu aku tidak punya kekuatan itu kalau benar saat itu akan tiba... Ya... kalau pun benar, aku amat2 berharap dan berdoa agar apabila tiba saat itu aku telah punya kekuatan untuk menyndarkan segala rasa pada bahuku sendiri...

Ya, benar kasih sayang itu tidak dapat dihidu sekadar diungkapkan dengan kata-kata tetapi kasih sayang itu seseorang itu hanya boleh dilihat bagaimanakah cara seseorang itu menunjukkan kasih sayangnya....


jika bukan maaf...apa kah lagi?

apabila berbicara tentang kemaafan, persoalan demi persoalan menggusar jiwa dan minda ... lelah memikirkannya. Tidak dinafikan kata maaf ini tidak akan bertemu hujugnya dan juga akhirnya selagi tidak sampai ke pengakhiran nyawa.

Ya, tidak kunafikan lafaz ini bergitu senang terungkap di bibir, walau pada detik yang sama lafaz ini turut menjamah luka yang semestinya meninggalkan pedih yang berpanjangan. Andai ada sepatah kata lain yang mampu merubahnya samada sesuatu situasi dan keadaan dengan pastinya kata maaf ini tidak perlu lagi terungkap di bibir yang tidak terhitung kerana segala lajak itu telah dapat dibasuh dengan hanya sepatah kata iaitu maaf.


Saturday, January 22, 2011

P.E.N.A

Minat ku dalam menulis sesuatu yang terpalit sejak remaja.bertinta hanya melalui pena yang kian memahami rasa isi hati.. yang mungkin hanya membaca hanyalah diriku sendiri. Saat ku menulis tika suara hatiku tidak mampu diluahkan melalui bicara. Mindaku lancar sahaja mencoretkan kisah tika sedangku dalam keresahan dan kesedihan yang menyesak dada dan menghimpit kotak fikiran bagaikan tidak senafas kurasa. Walaupon curahan rasa gelisah ini terkadang dilepaskan kepada orang yang ku jujur mempercayainya namun tidak mengharapkan seakan semua itu untuk difahami..maka pena mula melakar tintaku yang sekalut rasa segenggam gundah gulana bagaikan tercurah semua rasa itu berbaur menjadi satu melalui aksara yang kian laju diulas oleh jari ini. Bukan kerna ku tidak sandarkan kepercayaan pada yang bergelar insan namun kurasakan ia lebih menggangu hak ketenangan seseorang itu lalu ku biarkan rasa ini tercurah di segenap ruang ini...




Wednesday, December 1, 2010

Apabila kata itu menjadi sukar ~~

Ya, betul.. kita harus melangkah dalam menjalani kehidupan..dan juga satu ketika.. kurasakan mengungkapkan kata-kata itu menjadi begitu sukar. Mungkin kerana ungkapan itu bercerminkan kebenaran, yang datangnya dari tulusnya hati maka lukanya menjadi begitu dalam. Lalu pembohongan menjadi begitu mudah apabila soal hati dan rasa menjadi yang utama. Takut dalam berterus terang.. takut dalam menghadapinya tika ku sendirian.. takut tika lenaku dalam kegelapan...


Akhirnya.. yang tinggal hanya ruang kosong. Ruang kosong yang telah lama ku biarkan ia sendirian..sepi mencengkam kalbu.. bungkam menguasai diri.. Di tengahnya hanya terisi satu jasad bernyawa tanpa sebarang rasa. Hanya menunggu untuk digerakkan.. Segalanya yang berlaku hanyalah kerana menjaga hati yang teramat rapuh agar tidak terus retak dan berkecai.


Cukuplah calarnya amat menghukum segenap sudut jiwa.Lalu apabila detiknya bermula lalu ku bermuhasabah.. diri seakan mencari dan menemui kembali sebahagian diri yang telah lama hilang. Lantas kamar perdebatan ligat melontarkan hujah agar menentang dewasa dalam dunia nyata dengan penuh berhemah dan penuhkan dada dengan kalimah syukur padaNya..

Thursday, August 26, 2010

Simpang pasti ada pilihan..Kesilapan sebagai guru...

Sungguh.. hidup ini punya jalan dan arah yang kadangkala bersimpang, berduri, dan ada masanya jalannya lurus penuh tenang. Yang nyata setiap langkah yang kita atur membawa kita pada simpang yang bernama pilihan. Pastinya kita perlu memilih kerana perjalanan hidup ini masih terlalu amat panjang.Hanya kematangan yang lahir dari setiap luka itulah yang akan menjadi penyuluh memberikan cahaya di sepanjang perjalanan. Hanya jika kita bijak menghargai setiap kesilapan itu sebagai khilaf yang bukan untuk dicemuh tetapi salah yang perlu dijadikan guru agar tidak terulang kesilapan yang sama...


Wednesday, August 18, 2010

Semua ketentuanNya...

Kekadang kita minta kepada Allah setangkai bunga segar,Dia beri kaktus berduri.Kita minta kupu-kupu, diberi ulat berbulu.Kita sedih & kecewa.Namun kemudian,kaktus itu berbunga,indah sekali...Dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik.Itulah jalan Allah,indah pada masaNya!Allah tidak memberi apa yang kita harapkan,tetapi Dia memberi apa yang kita perluka.kadang kita sedih, kecewa, terluka,tetapi jauh diatas segalanya Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..Sesungguhnya percayalah akan janji Allah kepada orang2 yang beriman..Semoga kita di beri kekuatan untuk terus beriman kepadaNya...



Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan......

Hati bersulam keriangan menyambut Ramadhan yang tiba..
Ia pergi dan ia datang semula...
alhamdulillah..
tahun ini ku berjumpa semula ramadhan Mu Ya Allah..
Senja menjulang...Azan berkumandang..
Doa dibacakan...
Berkumpul bersama..meraikan
Ramadhan yang mulia...
Rezeki dari-Nya tidak terkata
melimpah ruah untuk hamba-hambanya....
Nikmat ramadhan mula dirasa..
Sebulan bersamamu Ramadhan...
hingga ke penghujungmu...
Tangisan melimpahi pipi mulus
mengiringi di penghujungmu...
Betapa sedih..tangis diiringi...
Semoga amalan berkat dalam mengejar malam mu Lailatul Qadar..
syukran Ya Allah...atas peluangMu
dengan ketibaan Ramdhan dan..
meraikanmu dengan kemuliaan Syawal yang bakal menjelang tiba..
" SEMOGA AMALAN DIBERKATI ...AMIN YA ROBB"

Pilihan yang harus dipilih.....

Berkira tentang masa lepas dan membilang masa depan membuat malam terasa begitu menghimpit sunyi. Segalanya berjalan pada jalannya. Cuma kadangkala antara ruang-ruang yang tertinggal itu bagai ada kekosongan yang tidak pernah terisi.

Hakikat.. hidup ini tidak mudah. Juga tidak begitu susah. Cuma ada masanya kita perlukan sedikit keberanian untuk berubah dan melangkah mencari teduhan yang mampu meredakan gusar dan memberikan sedikit tenang. Walau pilihan tentunya di tangan sendiri tapi sedikit berani itu perlu untuk terus melangkah agar tidak dihambat sesal kerana setiap tindak itu pasti beriring dengan risiko yang tidak terjangka.

Lalu soalan yang sama diulang tanya pada diri.. inikah saatnya memilih untuk mencari teduhan lain yang mampu meneduhkan? Atau perlukah ini dinoktahkan di sini dan jadikan teduhan ini hentian yang terakhir? Lalu terus membiarkan diri basah walau dalam renjis gerimis?

mengintai secebis rindu

Bila hati mendekati cinta.. memberi biarlah bukan pada segalanya.
Bila kasih berbicara rindu.. simpankan sedikit sayang itu buat dirimu..
agar bila cinta dan kasih tidak lagi bersatu mengintai rindu..
dirimu masih miliki sedikit sayang untuk terus menemani
di kala tawa tidak lagi menghias hari...

Sunday, August 8, 2010

welcome back

welcome back...

saya kembali selepas saya menyepikan diri....

maaf ye..saya begitu sibuk sejak 2 bulan ini..

dan kini nantikan post2 terbaru dari cik miza.

terdapat beberapa nukilan terbaru...=))