Wednesday, September 24, 2008

Assignment Yang Makin Banyak

Semester second last ni cukup mencabar diri aku...sebagai seorang pelajar.Makin banyak keje dan projek2 besar..seperti buat web system menggunakan PHP coding dengan lecturer hanya menyerahkan pada pelajar semata2 untuk explore sendiri coding dan tidak sepenuhnya diajar oleh lecturer...biasalah kan...student degree..bukan makan suap lagi..huhu...toi dak?? lain la kalu zaman diploma dulu....org suap..kiter makan jerk..yer tak??

Erm..selain projek Programming, ader lagi subjek yang merangkumi 6 kredit hour.subjek ni melibatkan 2 semester iaitu second last semester(prototype) dan last semester(complete product).dimana memerlukan 4 pelajar dalam 1 group. Produk adalah bebas samada buat documentary, website,cd interactive, kiosk, movieclip and more.Aku sekumpulan dengan ina intan dan juga yan..dan banyak kali juga kami membuat discussion bersama di campus untuk membuahkan idea yang mantap.Setelah bertungkus lumus memikirkan idea dan sub2 idea sepanjang 2/3 hari ni.kami telah membuat keputusan untuk membuat Wedding Card Wesite. Memandangkan research yang telah kami buat melalui internet...tidak terdapat banyak lagi wedding card website secara online, jadi inilah kelebihan yang kami dapat iaitu supaya tidak dicomparekan dengan mana2 blog atau website yang berkaitan dengan wedding card.



Haa....besar tak projek aku sem ni?? Bukan itu jer...banyak lagi beb...nak tahu...nak bagitau la ni..huhu...pastu selain dr menda alah kat atas nu..lukis bangunan beb...bukan lukis guna tangan ler..tapi menggunakan satu software...nama software tuh Sketchup Google Pro.itu untuk final projek ler...tak termasuk lagi literature review atau bangunan2 yang kecik2 or teknik yang perlu kiter applykan untuk setiap assessment. bikin hancoooqqq gak ar subjek ni...subjek ni nama dier Virtual Reality. Subjek ni best dari segi pengetahuan yang kita dapat dalam mencipta sesuatu yang sukar untuk kiter percayai...cuba anda bayangkan...kiter hanya memakai head tracker, gloves, or somethings ( semua ni berteknologi k..bukan glove getah biasa tuh..ekeke..) kita hanya bekerja di rumah tapi environment seperti di tempat kerja..percaya ker tak?? tapi kesemua alat ni mungkin akan mencecah jutaan ringgit untuk aplikasikannya.

So..apabila belajar subjek ni aku enjoy mendengar lecturer lecture dalam kelas..asernyer tringin lak nak cipta atau nak buat sendiri alat2 ni untuk games ker hanya memakai alat2 yang tertentu...inilah yang dinamakan VIRTUAL REALITY. dier virtual tapi real..pk2 kan lah..Selain itu, aper agi keje aku erk?? assignment yang kecik2 gitu untuk 2 subjek bisness tapi jenuh gak ar mengarang ayat...goreng2 ayat....haha...sampai due date..antaqq ja. Assessment untuk setiap lab..quiz..test....huhu...bikin pening and berserabut...hihi...caiyok...caiyokk midat..!! u can do it..!!( Ayat penyedap hati jer ni..huhu).

p/s: Kertas kuning tuh ker semua keje2 yang blom siap...tension bila pandang kertas tuh.. Bleyy plak ader "midat go" kan.?ekekeke...

No comments:

Post a Comment