Seperti apa yang aku janjikan...ini adalah surat dari seorang ayah kepada anaknya yang menuntut di mesir al azhar...semoga tatapan surat ini akan membawa seribu penertian buat kita...Selamat membaca..
Assalamualaikum?abang apa khabar? Ayah dan keluarga Alhamdulillah, sihat. Macam mana dengan belajar kat sana? Sekarang kan musim panas, mesti abang letih kan untuk pergi tempat pengajian, abang! semakin jauh jarak permisahan kita semakin rindu rasanya ayah dengan abang, mungkin itulah yang dikatakan jauh dimata namun dekat dihati, abang! semalam Paklah umum harga minyak dinaikkan?harga barang harian yang lain pun naik, kat Malaysia semua barang dah naik, abang kan tahu perniagaan kita banyak guna kenderaan, tiap-tiap hari ayah perlu gerakkan dua buah kereta, sebuah lori. Dulu ayah hanya perlu isi minyak untuk tiga buah kenderaan ni dengan hanya RM 50.00, tapi disebabkan kerajaan sekarang yang katanya mesra rakyat ayah perlu habiskan RM150.00 hanya untuk kegunaan kenderaan kita. Abang tahu berapa yang perlu ayah habiskan untuk minyak sahaja? RM4500.00. Minyak depa naikkan, harga barang depa kawal, betul lah untuk jaga kebajikan rakyat umum, tapi peniaga kecil macam kita ni, yang dapat subsidi minyak bagi syarikat besar. Bagi peniaga kecil macam kita ni, hanya mampu melambai tangan dari jauh, entah dilihat ataupun tidak. Tapi Alhamdulillah, ayah rasa lega sikit, sebab sejak ayah layak jadi pemilih dalam pilihanraya, satu sen pun ayah tak pernah membantu dan bagi saham untuk memenangkan kerjaan BN, awat depa ingat kita beli minyak dengan daun kopi, kekadang untung bagi barangan yang ayah jual hanya mungkin mendapat RM0.05 sen. Ayah ceritakan semua ini kat abang, sebab, ayah nak abang paham hidup kat Malaysia tak sama seperti dahulu, mungkin inilah keadaan yang dirasai oleh semua insan yang bergelar ayah kepada kawan-kawan abang menyambung pengajian ke luar negeri. Abang! Ayah sesekali tidak redha dengan kerajaan BN, mau tak nyer, mungkin ada dikalangan dari kawan-kawan abang yang terpaksa berhenti belajar, hanya semata-mata kerana kos sara hidup yang tak mampu disara oleh ayah depa.
Abang! Ayah ceritakan ini bukan untuk lemahkan semangat abang untuk teruskan pengajian disana, tapi ayah nak abang rasa apa yang dirasai oleh semua manusia yang bergelar ayah, abi, abah, baba, dan daddy, mereka seolah menyimpan suatu perkataan yang mereka dikunci daripada terkeluar dari mulut mereka. ? aku nak biaq anak aku belajar atau aku nak mintak dia balik..aku dah tak mampu dah ? pening kepala si ayah. Tapi bagi ayah, ayah telah menganggap usaha ayah menghantar abang untuk belajar agama adalah satu perjuangan, jika satu perjuangan maka ia pasti perlu kepada pengorbanan. Abang! Jangan sia-siakan perjuangan ayah ya? ayah yakin janji tuhan yang pasti akan membantu orang berada dijalan yang benar, ayah dah tak sempat nak belajar, tapi ayah ada saham dalam perjuangan ini untuk membuatkan ayah senyum ketika kepenatan. Ayah ada abang untuk meyakinkan bahawa zuriat ayah akan terus bersama dengan perjuagan gerakan Islam. Buat masa sekarang ni, abang belajarlah bersungguh-sungguh dan hiduplah dalam persatuan, kerana itulah yang banyak membantu abang membentuk diri dalam ilmu kepimpinan. Ayah memulakan hidup dalam perjuangan sejak bangku sekolah lagi, ayah tak mau rantaian perjuangan ini terhenti setakat ayah sahaja.
Abang! Minyak naik?barang naik?semua naik?rakyat pun akan naik, insyalah. Depa ingat kita orang kampong macam budak hingusan ka?orang kampong dah tahu apa itu suara rakyat, apa itu makkal sakti, apa itu reformasi, depa pun dah tau apa itu UMNO, dan depa dah kenal apa itu PAS. Depa tau wak naik harga minyak ja?depa tak tau kalau kita naik minyak. Abang kena belajar bersungguh2 ya, pesan kat kawan-kawan yang lain sama, kesian kat mak ayah depa yang teruk bekerja, depa kat sana duk main-main, ngaji malas. Betul ker bebudak AZHAR ada yang masuk kelab UMNO? Kalau kami yang duk kutip sekerap pun dah tau jahatnyer UMNO, tapi bebudak AZHAR sokong dan join UMNO, habaq kat depa, balik mai cari tin kosong jual kat keling, kemudian malam mai ngaji dengan kami, apa nak jadi ni, hantaq jauh-jauh ingatkan dapat jadi bomoh, rupa-rupanya dia pulak jadi jin rakyat. Pesan betul-betul tu kat depa, jangan duk jadi barua kepada musuh agama dan bangsa kita. Baiklah ayah rasa setakat ini sahaja, doakan agar keluarga hidup dalam rahmat tuhan.
Salam rindu buat anak ku.
No comments:
Post a Comment