Friday, June 18, 2010

TeMaN JiWa....

Tersentuh dengan alunan lagu dan rentak cerita yang begitu meruntun jiwa. Tanpa perlu lafaz bait-bait kata. Tanpa perlu susunan bicara. Cukup dengan bahasa tubuh, pandangan mata dan getar emosi. Terkasima seketika. Tanpa sedar.. titis luruh ke pipi tanpa dapat ditahan-tahan.

Teman jiwa.. setiap orang meletak harap hingga ke akhir hayat. Teman yang memahami. Bersama ketika senang dan tetap teguh setianya di kala dugaan datang menguji.

Namun tika teman jiwa yang setia di sisi tidak lagi mampu menemani, runtunan kesunyian dan hambatan ketakutan akan kesendirian mendepani hari-hari mendatang.. pastinya akan meninggalkan satu kesan yang cukup mendalam.


Thursday, June 17, 2010

Semanis Kurma ~ Peluang Kedua

Pada malam ini tergerak tangan ini untuk menaip sedikit sebanyak dari hasil tontonan semanis kurma malam ini...yeaa.anda tahu rancangan semanis kurma..btw cik miza tidak pernah miss la tgk rancangan ni...best sangat...banyak membuatkan kita berfikir..dan tips2 serta nasihat...yang akan kita dpt sekiranya kita menonton rancangan ini..



Tajuk semanis kurma pada malam ini ialah PELUANG KEDUA..
Tajuk yang begitu menarik da BOOOMMM...
artis undangan juga da BESTT... lisdawati dan juga fauzi nawi..

Aku amat tertarik dengan tajuk malam ini..teruja bila mendengar hujah2 usatazah dan pakar motivasi serta pandangan dari artis undangan pada malam ini..

Menyebut tentang keikhlasan...dan juga kemaafan...
Dan paling menarik hati adalah..

1. kesan dari keikhlasan memaafkan...juga kesan ketidakikhlasan untuk memaafkan...
2. kesan sekiranya mintak maaf dengan tidak ikhlas dan juga kesan ikhlas meminta maaf..

dan di sini pandangan dari pakar motivasi jemputan..kita perlulah ada sikap TO FORGET AND TO FORGIVE.. baru hidup akan berbahagia..

ya betull itu aku setuju...

dan ayat ini dari ustazah sendiri ayat Al A'raf ayat 23 dan juga ayat Ali Imran ayat 147...untuk dibaca bersama ....

Sunday, June 13, 2010

Menilai Seseorang......

Jadi diri sendiri...gaya tersendiri...
Itu lebih baik...

Kalau betul seseorang nak tahu cara kita..nak kenal gaya kita...
dier akan tahu sekiranya dier berkawan dgn org itu...
Cube untuk mengenali...
Dari situ dia dapat tau dan dpt menilai seseorang itu...
Seseorang dikurniakan mata...otak...hati...
melalui 3 ini lah...kita dapat menilai....
Ikutlah gerak rasa hati apa yang dorasainya terhadap seseorang itu..
tetapi salah cik miza katakan sekiranya seseorang itu menilai mengikut mata hanya dari segi luaran sahaja...

Tidak semestinya jika seseorang itu berperangai happy go lucky...suke gelak... ckp pon sempoi2...org itu style jenis takder inner nyer kelembutan... NO !

sbb tuh perlu mendekati untuk mengenali...denga betul...anda akan tahu jawapannya...
Mcm2 lagi cik miza nak sebut umpamanya seperti...org tuh style jenis pendiam...anda sudah menilainya sombong... NO...

apabila anda mengenalinya baru anda dapat menilai hati budi seseorang...
Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan.... Itu pasti.. jangan sesekali kita menghina seseorang sekiranya kita tidak mengenalinya...

Friday, June 11, 2010

rintihan

Andainya diriku memilih diam
bukanlah kerana benci mendekati
hanya sekadar memendam rindu
yang tak mungkin kau mengerti
pada hatimu yang bisu.

Andainya diriku memilih tangis
bukanlah kesal menghias hati
hanya sekadar mengucap kasih
yang tak mungkin kau mengerti
pada rasamu yang dingin.

Andainya diriku jauh menghilang
bukanlah ingin kuhadirkan perpisahan
dan tidak sekali kasih ini kubiar pergi
hanya sekadar menginsafi diri
pada suara rindumu yang tak lagi kudengar kini
yang tak pernah lagi mengunjungi
lena dan jagaku.

Andainya diriku tak lagi kau temui
dalam lena dan jagamu
maafkanlah dan mengertilah
andainya kasih ini hanya untukmu
kasihilah...
andainya rindu ini hanya untukmu
rinduilah....