Saturday, July 9, 2011

Dalam Hati Ada Siapa?






Aku hanya punya tanganku sendiri untuk kugenggam erat. Hanya bahuku sendiri untuk kualirkan segala resah.Dan aku hanya ada diriku untuk kusandarkan rebah. Hanya diriku.

Kubiarkan laluan hari berjalan pada jalannya. Kulihat segaanya berubah dan masa terus berdetik. aku tidak tahu dimana akhirnya perjalananku ini. Siapa yang akan terus menemani langkahku..tidak ku punya jawapannya walau pada bayangan sekalipon.

Namun, satu yang ku pasti.. aku tidak pernah sendirian selagi ku genggam erat kasihNya.. dalam kasihku kerana DIA tidak pernah meninggkanku sendirian walaupon sesaat.

Mungkin dalam hidup ini, banyak yang kupinta daripadaNya.. tapi tidak semua menajdi milik ku kerana sesungguhnya.. DIA telah menyediakan yang terbaik buatku... amin amin amin....