Friday, August 26, 2011

Semanis Kurma Nafsu Syawal

Untuk entry kali ini, saya ingin mengupas tentang topik dari rancangan semanis kurma tv9 iaitu bersama ustzah bahiyah dan suaminya....iaitu NAFSU SYAWAL

Begitu leka mata memerhati lagak gaya usatazah kesayangan saya serta tetamu undangan iaitu pensyarah dari usm dan juga penyanyi kumpulan kristal dan isterinya...

Topik ini skopnya terlalu besar dan umum.. tetapi apabila dikupas dengan terperinci oleh ustazah dan tetamu tetamunya maka erti sebenar nafsu syawal itu terbuka satu persatu juga membuka minda dan mengembangkan ilmu saya...


Pelbagai yang dikatakan nafsu iaitu dari segi perbelanjaan, makanan, peralatan, dan sebagainya tetapi ada satu yang menarik hati saya iaitu tetamunya berkata nafsu dari keluar berdua dua-an kalaupon berdua bersama tunangan untuk ke majlis hukumnya tetap berdosa. itu juga di masukkan ke dalam nafsu..

Jadi secara ringkasannya, kita telah berpuasa selama 1 bulan menahan lapar dahaga serta nafsu dan apa salahnya tibanya 1 syawal kita mengawal kadar nafsu kita supaya dapat mengelakkan dari pembaziran. Dari segi lain pula, isu yang dikupaskan adalah apabila nafsu syawal kita tidak dapat dibendung sampaikan melihat jiran tampak lebih mewah, diri sendiri pula seolah-olah tidak mengalah dan mahu berlumba-lumba sehinggakan timbulnya sikap riak dan takbur.


Semua di atas adalah beberapa isu kecil yang telah dibincangkan oleh usatzah serta tetamu2 nya.. Satu topik yang amat bagus dan teruskan menonton semanis kurma setiap minggu iaitu setaip hari khamis yaa... =) assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment