Saturday, May 14, 2011

Sandar pada yang patah

Telah acapkal aku menyandar percaya yang dipanggil teman. Namun setiap kali itulah percaya itu menjadi lebur tanpa nisan. Mungkin aku terlalu menggantung harap. Menyerah segala percaya dan beranggapan hanya dia teman yang aku punya. Sedang dia masih punya teman yang lain dan aku hanya antara yang singgah dalam hidupnya.

Mungkin juga kerana itulah, apabila olah membuat onar dalam hubungan kami.. dia masih punya ruang lain untuk berkongsi cerita dan tawa...dan aku hanya ada diriku.

adakah bahu yang kusandarkan duka dan tawa selama ini tidak akan pernah meninggalkan aku.. benarkah?

Kugenggam kejap telahanku agar tidak terlepas kerana aku tahu aku tidak punya kekuatan itu kalau benar saat itu akan tiba... Ya... kalau pun benar, aku amat2 berharap dan berdoa agar apabila tiba saat itu aku telah punya kekuatan untuk menyndarkan segala rasa pada bahuku sendiri...

Ya, benar kasih sayang itu tidak dapat dihidu sekadar diungkapkan dengan kata-kata tetapi kasih sayang itu seseorang itu hanya boleh dilihat bagaimanakah cara seseorang itu menunjukkan kasih sayangnya....


1 comment:

  1. terkadang orang yang kita cintai mampu memberi duka...btw kite ttp memaafkan bukan kerana kita salah tetapi kita tak ingin merosakn hubungan dengannya...
    So keep it up! everything can but accpet happines! so smile always yer... :))

    ReplyDelete