Monday, May 10, 2010

ILLUSI VS REALITI

Ku punya ilusi yang meletakkan aku di suatu pulau yang indah..
Terbentang luas..berbumbungkan langit, berlangsirkan angin samudera..
Pasir memutih..ombak berjuih...yang mengasyikkan...

Aku terlalu leka dalam menghayatinya...begitu mempesonakan...
dan Terkadang membuaikan aku..terus leka...lena yang membuaikan..
Dan terkadang membuatku tersedar dek ombak yang berdesir kedengaran...
yang sesekali membuat ku tersentak...dibuai lamunan..

Ilusi dan realiti...tidak akan bersatu..
Terlalu berpijak pada ilusi akan membuat kan kita gembira tapi hanya seketika cuma...
Tapi berpijak pada realiti akan membuatkan diri kita menerima apa yang akan mendatang...

Aku juga hampir lemas di pulau yang kukatakan cantik....yang bernama kehidupan
dan tika itu ku mengharapkan ranting ketabahan dan dahan kesabaran untuk ku berpaut
dari dibawa arus...

Kemasinan laut itu membuatkanku matang, berfikiran jauh, dan dari itu juga ku telah temui kehidupan sebenar iaitu kemanisan kehidupan....


Kemasinan itu adalah pengalaman hidup yang turut dirasai semua insan ciptaan Allah di muka bumi ini cuma yang berlainan nya adalah kisah perjalanan kehidupan yang tersendiri....

1 comment: