kita di sini, di pentas yang maha besar ini.. kita sering lupa. aku juga sering lupa, terlupa atau buat-buat lupa yang hidup kita ini tidaklah sepanjang mana. dan masa yang diberikan pada kita untuk mencanai sebuah kesedaran sebenarnya tidak sesingkat mana.
untuk terus hidup aku perlukan ingatan agar tidak tersilap melangkah. dan untuk ingatan itu, aku perlukan seseorang yang boleh berjaga tika aku terlena kerana..
dalam sedar kita sebenarnya terlena
dalam lena kita sebenarnya terjaga
terkadang antara mimpi dan impian
batasnya cuma segaris yakin.

No comments:
Post a Comment