Thursday, December 29, 2011

Titik Pengakhiran Penuh Pengajaran

Aku telah meletakkan noktah pada satu titik pengakhiran untuk satu permulaan baru. Di sini aku lebih tenang membilang hari dalam menyusuri landasan kehidupan. Jalan hidupku mungkin tidak semudah insan lain tapi liku itulah yang mematangkan diriku. Liku itulah yang telah banyak mengajar aku tentang syukur dan menghargai setiap yang kumiliki walau sebesar zarah sekalipun.

Yang telah kufahami.. setiap kesukaran itu mengajar kita agar lebih bersedia ....setiap air mata itu menuntut kita untuk menjadi lebih tabah....setiap kesakitan itu mengajar kita agar menjadi lebih kuat dan setiap kegagalan itu mengajar kita untuk lebih menghargai sebelum kehilangan mengambil tempat.

Sunday, September 25, 2011

Kebahagiaan itu pasti milikku

Ianya benar, kesibukan itu membuatkan hidupku terisi...tidak perlu mengunanfikiran fikiran lain yang merimaskan. Hakikatnya aku merindui kehidupanku yag dulu yang penuh erti kesibukan. Hidup tidak pernah terasa kosong kerana sentiasa terisi dengan tugas dan tanggungjawabku. Tidak juga pernah terasa sunyi kerana sering dikelilingi teman teman yang mampu buatku ketawa dan tersenyum.




Namun itu cerita dulu... cerita yang lama yang akan sentiasa ku simpan rapi di hati dan dalam ingatan. Hari semalam yang hanya mampu dikenang tika kesunyian menghimpit ..kerinduan mencengkam....


Kini..segalanya berbeza.. yang tinggal hanyalah kenangan. Tatkala melihat teman teman membina bahagia... fahamilah hati mengerti lah rindu... mereka telah memilih untuk bahagia.. Mereka telah memilih untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan mereka untuk yang bernama bahagia....





Dan aku... masih mencari bahagia itu.. tapi mungkin saja aku seringkali aku mencari bahagia itu di tempat yang salah...Namun ku yakini bahawa DIA telah menyediakan bahagia itu buatku suatu masa yang telah DIA janjikan pada hambaNya yang redha...



Monday, September 12, 2011

letto-ruang rindu



RINDU.... apakah yang kau cari ? Mengapa sering menghimpit hati? RINDU... tidak ku tahu apakah keperluanmu.. Bijak mencuri lakaran perasaanku.. Adakah aku layak merindui? adakah aku layak untuk dirindui? Siapakah yang bakal ku rindui tika nanti? RINDU .. kepastian tetap akan ku nanti...biarpon menanti di hujung hari........

Thursday, September 8, 2011

Aku seorang wanita ~

Aku tidak punya jawapan untuk itu kerana Allah itu yang menguruskan soal rezeki dan jodoh setiap makhluknya... Aku wanita yang tidak sempurna.... aku wanita yang banyak kekurangan diri.... aku wanita yang jahil.... aku wanita yang naif... Aku wanita yang sering dikecewakan. Aku wanita yang lemah.... tapi aku adalah wanita yang ingin membina keluarga sakinah... aku wanita yang ingin mengejar kebahagian membina rumah tangga menyemai rasa cinta hingga ke syurga bersama teman jiwa yang tidak pernah ku tahu gerangannya adalah siapa.....? insyaAllah aku pasti tuhan itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap ciptaanNya. Aku mahu kan hadiah dariNya... hadiah yang berupa seorang lelaki yang tidak sempurna kebaikannya tetapi punyai cinta terhadapNya... yang bisa mengubah menegur segala salahku. Amin.... =)

Perubahan Menuju keredhaan Allah


Kadang2 dalam hidup sesuatu datang tanpa diduga. aku tidak mampu untuk berkata-kata melainkan diam kaku tidak keruan dibuatnya. Aku tidak punya siapa untuk ku alirkan segala resah dan tangis. segalanya tersimpul ku pendam rapi di dalam hati. Hidup kadang2 punya "surprise" yang tidak pernah diduga.. hanya yang ku mampu... selangkah demi selangkah kakiku ini bergerak menuju ke hadapan menuju keredhaanNya. tetapi terkadang kaki ini bagaikan berat untuk melangkah ke hadapan.. terhenti sejenak seolah-olah ingin mundur ke belakang untuk memperbetulkan keadaan. tapi sayang aku tidak mampu dn aku tidak berdaya untuk mengubahnya. Ya Allah... kau berikan aku petujukMu.... hidayahMu... kau kurniakan lah aku seorang pembimbing yang bakal menerajui langkah ku bersama... agar aku sentiasa menuju ke hadapan dalam mencari keredhaanMu... tanpa aku menoleh ke belakang yang akan terus membuatku leka lena dibuai dengan mimpi duniawi semata. Kau temukan aku pada seorang yang dapat membantuku melabuhkan rasa cinta sepenuhnya buat Mu Ya Allah... Kau temukan lah aku kerana aku rasai diri ini begitu lemah... longlai ... tanpa sokongan serta galakan dari seseorang yang halal buat aku



Tuesday, September 6, 2011

Jangan

jangan jarakkan hubungan ukhwah kita kerna aku akan sedih.... jangan tinggalkan aku kerna hati ku turut terluka.... jangan buang aku sbg sahabtmu kerna aku perlukan mu dalam hidup ku... jangan sesekali melukaiku kerana hatiku akan tercalar meninggalkan parut yang akan meninggalkan kesan abadi....

Friday, August 26, 2011

Semanis Kurma Nafsu Syawal

Untuk entry kali ini, saya ingin mengupas tentang topik dari rancangan semanis kurma tv9 iaitu bersama ustzah bahiyah dan suaminya....iaitu NAFSU SYAWAL

Begitu leka mata memerhati lagak gaya usatazah kesayangan saya serta tetamu undangan iaitu pensyarah dari usm dan juga penyanyi kumpulan kristal dan isterinya...

Topik ini skopnya terlalu besar dan umum.. tetapi apabila dikupas dengan terperinci oleh ustazah dan tetamu tetamunya maka erti sebenar nafsu syawal itu terbuka satu persatu juga membuka minda dan mengembangkan ilmu saya...


Pelbagai yang dikatakan nafsu iaitu dari segi perbelanjaan, makanan, peralatan, dan sebagainya tetapi ada satu yang menarik hati saya iaitu tetamunya berkata nafsu dari keluar berdua dua-an kalaupon berdua bersama tunangan untuk ke majlis hukumnya tetap berdosa. itu juga di masukkan ke dalam nafsu..

Jadi secara ringkasannya, kita telah berpuasa selama 1 bulan menahan lapar dahaga serta nafsu dan apa salahnya tibanya 1 syawal kita mengawal kadar nafsu kita supaya dapat mengelakkan dari pembaziran. Dari segi lain pula, isu yang dikupaskan adalah apabila nafsu syawal kita tidak dapat dibendung sampaikan melihat jiran tampak lebih mewah, diri sendiri pula seolah-olah tidak mengalah dan mahu berlumba-lumba sehinggakan timbulnya sikap riak dan takbur.


Semua di atas adalah beberapa isu kecil yang telah dibincangkan oleh usatzah serta tetamu2 nya.. Satu topik yang amat bagus dan teruskan menonton semanis kurma setiap minggu iaitu setaip hari khamis yaa... =) assalamualaikum.

Wednesday, August 24, 2011

lajak bicara

kadang2 kesilapan dalam berbicara seperti tombak yang tajam... salah balingannya lalu tertancaplah ia menusuk hati sanubari. jika kata maaf tidak diendahkannya... apa gunanya erti maaf? hati sedikit terluka kerana kata maaf ikhlas dari hati kecil ini tidak berbalas. masih menunggu maaf yang kupinta itu akan diberikan kemaafan olehnya

Saturday, July 9, 2011

Dalam Hati Ada Siapa?






Aku hanya punya tanganku sendiri untuk kugenggam erat. Hanya bahuku sendiri untuk kualirkan segala resah.Dan aku hanya ada diriku untuk kusandarkan rebah. Hanya diriku.

Kubiarkan laluan hari berjalan pada jalannya. Kulihat segaanya berubah dan masa terus berdetik. aku tidak tahu dimana akhirnya perjalananku ini. Siapa yang akan terus menemani langkahku..tidak ku punya jawapannya walau pada bayangan sekalipon.

Namun, satu yang ku pasti.. aku tidak pernah sendirian selagi ku genggam erat kasihNya.. dalam kasihku kerana DIA tidak pernah meninggkanku sendirian walaupon sesaat.

Mungkin dalam hidup ini, banyak yang kupinta daripadaNya.. tapi tidak semua menajdi milik ku kerana sesungguhnya.. DIA telah menyediakan yang terbaik buatku... amin amin amin....






Thursday, May 19, 2011

Kisah yang terpendam

bercelotehku seorang diri, mengamati wajah ku ini. Mengingati tika waktu yang sudah berlalu, namun tidak boleh lesap dari fikiran dan ingatanku. Terlalu banyak yang terjadi sehingga aku hampir tidak lagi mengenali diri sendiri. mungkin juga telah banyak yang terpendam sehingga pendam itu menjadi luka dan pedih yang sukar untuk dipulihkan walau oleh masa.



Aku seupaya diri ini cuba untuk mencari di mana salahnya. Tiba-tiba aku menjadi begitu kejam tapi akhirnya rasa itu memenjarakan diriku sendiri. Sememangnya aku perlukan sedikit waktu untuk bermuhasabah diri agar segala yang kuputuskan ternoktah pada titik yang sepatutnya dan agar tidak akan ada lagi hati yang tercalar dan rasa yang terguris oleh tindak terpendam.

Tuesday, May 17, 2011

Jiwa Raga

Hari ini.. kebisuan yang telah lama aku diamkan akhirnya pecah di dada. Kusut yang bersimpul di jiwa, luruh dan tangis di hati. terkadang tidak mampu kutahan dari rasa semua ini dan tangis ku mula mengalir panas membasahi pipi kerana tusukannya tepat mengenai seluruh jiwa dan perasaanku. aku terasa benar- benar keseorangan berselimutkan keriuhan yang berdendang disekelilingku.

Aku tidak punya siapa.. sesungguhnya aku amat memerlukan seseorang yang mampu memberikanku senyuman, yang memahami jiwaku, mengenali diriku, suatu hubungan yang suci.... yang diredhai Allah.. dalam menuju sakinah.. Ya Allah... adakah pertemuan ini satu kesalahan? Adakah pertemuan ini adalah yang termaktub sejak azali lagi..? atau adakah pertemuan dua insan ini hanya satu kebetulan dan adakah pertemuan ini yang kau rencanakan untukku dalam menguji sejauh mana keikhlasanku dan juga keikhlasannya?..


Aku memohon padaMu Ya Allah.. Kau pertemukan lah aku dengan sebahagian jiwa dan ragaku yang telah engkau telah tentukan untukku... Amin. Tuhan ..payungkanlah aku dengan kekuatan agar aku tidak lemas dan tenggelam dalam ujianMu.Pnadulah aku dengan nurMu agar ku tidak tersasar dalam terang. Saat ini kurasakan rapuh sehinggakan sehembus nafas pun mungkin saja membuatkan aku jatuh tersungkur.

Saturday, May 14, 2011

Sandar pada yang patah

Telah acapkal aku menyandar percaya yang dipanggil teman. Namun setiap kali itulah percaya itu menjadi lebur tanpa nisan. Mungkin aku terlalu menggantung harap. Menyerah segala percaya dan beranggapan hanya dia teman yang aku punya. Sedang dia masih punya teman yang lain dan aku hanya antara yang singgah dalam hidupnya.

Mungkin juga kerana itulah, apabila olah membuat onar dalam hubungan kami.. dia masih punya ruang lain untuk berkongsi cerita dan tawa...dan aku hanya ada diriku.

adakah bahu yang kusandarkan duka dan tawa selama ini tidak akan pernah meninggalkan aku.. benarkah?

Kugenggam kejap telahanku agar tidak terlepas kerana aku tahu aku tidak punya kekuatan itu kalau benar saat itu akan tiba... Ya... kalau pun benar, aku amat2 berharap dan berdoa agar apabila tiba saat itu aku telah punya kekuatan untuk menyndarkan segala rasa pada bahuku sendiri...

Ya, benar kasih sayang itu tidak dapat dihidu sekadar diungkapkan dengan kata-kata tetapi kasih sayang itu seseorang itu hanya boleh dilihat bagaimanakah cara seseorang itu menunjukkan kasih sayangnya....


jika bukan maaf...apa kah lagi?

apabila berbicara tentang kemaafan, persoalan demi persoalan menggusar jiwa dan minda ... lelah memikirkannya. Tidak dinafikan kata maaf ini tidak akan bertemu hujugnya dan juga akhirnya selagi tidak sampai ke pengakhiran nyawa.

Ya, tidak kunafikan lafaz ini bergitu senang terungkap di bibir, walau pada detik yang sama lafaz ini turut menjamah luka yang semestinya meninggalkan pedih yang berpanjangan. Andai ada sepatah kata lain yang mampu merubahnya samada sesuatu situasi dan keadaan dengan pastinya kata maaf ini tidak perlu lagi terungkap di bibir yang tidak terhitung kerana segala lajak itu telah dapat dibasuh dengan hanya sepatah kata iaitu maaf.


Saturday, January 22, 2011

P.E.N.A

Minat ku dalam menulis sesuatu yang terpalit sejak remaja.bertinta hanya melalui pena yang kian memahami rasa isi hati.. yang mungkin hanya membaca hanyalah diriku sendiri. Saat ku menulis tika suara hatiku tidak mampu diluahkan melalui bicara. Mindaku lancar sahaja mencoretkan kisah tika sedangku dalam keresahan dan kesedihan yang menyesak dada dan menghimpit kotak fikiran bagaikan tidak senafas kurasa. Walaupon curahan rasa gelisah ini terkadang dilepaskan kepada orang yang ku jujur mempercayainya namun tidak mengharapkan seakan semua itu untuk difahami..maka pena mula melakar tintaku yang sekalut rasa segenggam gundah gulana bagaikan tercurah semua rasa itu berbaur menjadi satu melalui aksara yang kian laju diulas oleh jari ini. Bukan kerna ku tidak sandarkan kepercayaan pada yang bergelar insan namun kurasakan ia lebih menggangu hak ketenangan seseorang itu lalu ku biarkan rasa ini tercurah di segenap ruang ini...