Akhirnya.. yang tinggal hanya ruang kosong. Ruang kosong yang telah lama ku biarkan ia sendirian..sepi mencengkam kalbu.. bungkam menguasai diri.. Di tengahnya hanya terisi satu jasad bernyawa tanpa sebarang rasa. Hanya menunggu untuk digerakkan.. Segalanya yang berlaku hanyalah kerana menjaga hati yang teramat rapuh agar tidak terus retak dan berkecai.
Cukuplah calarnya amat menghukum segenap sudut jiwa.Lalu apabila detiknya bermula lalu ku bermuhasabah.. diri seakan mencari dan menemui kembali sebahagian diri yang telah lama hilang. Lantas kamar perdebatan ligat melontarkan hujah agar menentang dewasa dalam dunia nyata dengan penuh berhemah dan penuhkan dada dengan kalimah syukur padaNya..